Monday 13 October 2014

Bajet 2015






Info Grafik

Jurnal peribadi

Jurnal peribadi



Rasanya lebih elok jika maklumat penting itu dicatat pada buku nota dari disimpan terus dalam minda. Kerana setiap generasi muda perlu ada jurnal sendiri bagi memudahkan urusan harian.Mungkin kita sudah tahu objektif mahupun visi dalam hidup, tapi kadangkala kita rasa lebih elok jika ia disimpan dalam bentuk tulisan dan bukan disimpan dalam memori semata-mata. Ini kerana kandungan ayat dalam penulisan itu akan kekal sampai bila-bila. Lagipun, jika ditulis satu per satu objektif dan matlamat yang ingin dicapai dalam diari atau jurnal, kita boleh aturkan semuanya menjadi lebih teratur.

Tidak kisah aplikasi penyimpanan nota di telefon pintar mahupun cara yang lebih klasik iaitu dengan menggunakan buku nota, menyimpan maklumat dalam jurnal ini lebih efektif dan memudahkan anda mengingati sesuatu. Realitinya memori kita tidak boleh mengingati kesemua benda sekali gus, justeru penyediaan jurnal memudahkan segala-galanya termasuk menjadikan hidup anda lebih sistematik.
Mudah dan cepat


Tidak perlu buku nota yang besar dan tebal, tapi yang kecil dan nipis saja sudah memadai sebagai 'teman' setia anda. Lebih kecil buku nota itu maka lebih mudah untuk anda mencatat. Inilah antara kelebihan jurnal kerana anda boleh mencatat sesuatu yang penting dengan kadar segera tanpa perlu menyimpan kesemua maklumat dalam minda. Menurut usahawan popular di Amerika Syarikat, Michael Hyatt berkata, mempunyai jurnal peribadi membolehkan individu itu lebih memahami apa yang ditulis.
"Masa berlalu begitu pantas dan terdapat banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya. 

Dengan mencatat apa yang penting di jurnal, saya lebih memahami konteks hidup secara menyeluruh kerana ketiadaan masa untuk merekod kesemua kejadian penting yang saya alami," katanya.
Tingkatkan kreativiti


See more at: Here