Tuesday 20 November 2012

Sejarah Teknologi Telekumunikasi Di Malaysia


Sejarah Teknologi Telekumunikasi Di Malaysia


Sekarang 2012 dan 2013 akan datang bersama, Di malaysia dunia telekomunikasi moden sudah bermula pada dua dekad yang lepas, dan hampir tidak terasa sudah 100 tahun ia berevolusi. TM atau Telekom Malaysia Berhad Merupakan pemancu untama dalam menyediakan kemudahan komunikasi di malaysia dan merupakan  bapa Komunikasi kepada kita.Pada tahun1800an,Pengenalan telefon di perkenalkan di Perak pada tahun 1874 dan memudahkan pihak britsh berhubung dengan kerajan pemerintah di England.

Dan pada 1882 Perak dan Pulau Pinang dihubungkan dengan telefon melalui kabel dasar laut dan pertama di malaysia.1891 Ibu sawat telefon pertama dilancarkan di Kuala Lumpur,pada tahun1894 Sebuah kabel dasar laut menghubungkan Labuan dengan Singapura dan Hong Kong. Di bawah ini merupakan garis masa percapaian TM Di Malaysia

1900an

1900 Perkhidmatan telefon magneto pertama diperkenalkan di Kudat, Jesselton (Kota Kinabalu) dan Sandakan.

1908 Perkhidmatan pos dan telegraf diperbadankan

1926 Kemunculan komunikasi radio di negara ini

1946 Penubuhan Jabatan Telekomunikasi di Malaya

1962 Pengenalan kepada Pendailan Pelanggan Jarak Jauh (STD) antara Kuala Lumpur dan Singapura melalui sambungan gelombang mikro jarak jauh pertama.

1963 Peluasan rangkaian gelombang mikro seluruh Malaysia. Pelancaran perkhidmatan televisyen di Semenanjung Malaysia.

1968 Jabatan Telekomunikasi Sabah dan Sarawak serta Semenanjung Malaysia bergabung membentuk Jabatan Telekomunikasi Malaysia atau lebih dikenali sebagai JTM.

1970 Stesen satelit bumi pertama bertaraf antarabangsa dilancarkan di Kuantan, menandakan kemunculan siaran secara langsung di Malaysia.


1975 Penubuhan Ibu sawat Teleks Automatik

1979 Pengenalan kemudahan Dail Terus Antarabangsa (IDD)

1980 Malaysia melancarkan kabel dasar lautnya sendiri yang menghubungkan Kuantan dan Kuching.

1982 Pengenalan Telefaks dan Perkhidmatan Maritim Antarabangsa.

1983 Pengenalan komunikasi data

1984 Pengenalan teknologi suis paket yang mendorong pembentukan rangkaian data awam Malaysia

1985 Pemasangan perkhidmatan ATUR menggunakan teknologi radio selular analog 450 yang pertama di Asia. Sistem Radio Berbilang Akses diperkenalkan, menyediakan perkhidmatan akses telefon yang lebih
mudah kepada pelanggan di kawasan pedalaman 1987 Jabatan Telekom Malaysia (JTM) diswastakan menjadi Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB), entiti swasta yang pertama di negara ini

1988 Pengenalan Perkhidmatan Perniagaan INTELSAT digital

1989 Pengenalan perkhidmatan bebas tol 800

1990 • Pengenalan khidmat bebas tol antarabangsa dan kadfon prabayar (Kadfon).Penyenaraian STMB di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dan pengenalan logo baru TM.

1991 • Penjenamaan semula Syarikat kepada Telekom Malaysia

Pengenalan Malaysia Direct dan Home Country Direct

1992 Pengenalan Persidangan Video dan CENTREX

1993 Pengenalan perkhidmatan ISDN

1996 Pengenalan perkhidmatan selular TMTOUCH digital dan menguna frekunsi 1800 MHz

1997 Pengenalan (Corporate Information Superhighway (COINS)), penyelesaian perniagaan canggih berkeupayaan tinggi Telekom Malaysia.

2000-an
2001 

Pelancaran Bluehyppo.com, portal Internet gaya hidup Telekom Malaysia, yang mencatat lebih daripada 290 juta carian setahun. Pengenalan perkhidmatan jalur lebar.Telekom Malaysia menjadi rakan kongsi penting dalam pelancaran kabel dasar laut canggih Rangkaian Kabel Asia Pasifik 2 (APCN2). Penubuhan TM Net sebagai Pembekal Perkhidmatan Internet terbesar di rantau Asia Tenggara. Pelancaran perkhidmatan telefoni tetap tanpa wayar CDMA

2002 
Penganugerahan spektrum 3G kepada Telekom Malaysia

2003 

Penggabungan di antara Celcom dan TMTOUCH membentuk operator selular terbesar di Malaysia

2004 

Penstrukturan semula TM TelCo kepada dua Unit Perniagaan Strategik (SBUs) – TM Borong (TM
Wholesale) dan TM Runcit (TM Retail)

2005 

  • Telekom Malaysia melaksanakan penjenamaan semula dan TM telah diambil sebagai jenama baru
  •  Pelancaran Perkhidmatan 3G – pertama di Malaysia
  • Pemerolehan kepentingan 27.3% dalam PT Excelcomindo Pratama Tbk, Indonesia

2006 

  • TM membentuk satu pakatan strategik dengan Vodafone dan menjadi Rakan Rangkaian Vodafone yang mempunyai jangkauan global lebih 179 juta pelanggan di seluruh dunia
  • Pelaksanaan penstrukturan semula fasa kedua TM menyaksikan terbentuknya 4 entiti perniagaan utama – Malaysia Business, Celcom, TM International dan TM Ventures
  • XL, subsidiari TM di Indonesia memperoleh lesen 3G, sementara Dialog, subsidiari TM di Sri Lanka melancarkan perkhidmatan 3G pertama di Asia Selatan
  • Pemerolehan 49.0% dalam baki Telekom Malaysia International (Cambodia) Company Limited, (dahulu dikenali sebagai Cambodia Samart Communications Ltd), Kemboja dan 49.0% kepentingan dalam Spice Communications Private Limited di India

Wow beritu banyak kerjaya TM bukan hanya di malaysia tertapi diperingkat antarabangsa.




No comments:

Post a Comment