Monday 2 September 2013

TM Service 101


101 - Perkhidmatan Panggilan Bantuan Operator (Domestik & Antarabangsa)




Anda boleh membuat panggilan domestik dan antarabangsa melalui Pusat Bantuan Panggilan ini dengan mendail 101. Anda juga boleh membuat pertanyaan lanjutan berhubung kedua-dua perkhidmatan panggilan domestik dan antarabangsa ini.

Perkhidmatan yang ditawarkan ialah:-

Panggilan Stesen



Anda boleh membuat panggilan antarabangsa kepada nombor telefon di luar Negara. Caj panggilan bermula sebaik sahaja jawapan diterima dari nombor tersebut.

Panggilan Peribadi



Anda boleh membuat sambungan kepada orang yang tertentu. Caj panggilan bermula sebaik saja jawapan diterima daripada orang yang dikehendaki. Sekiranya orang yang dikehendaki itu tidak dapat disambungkan panggilan tersebut akan dibatalkan. Caj 70 sen akan dikenakan untuk panggilan domestic dan RM2.00 untuk panggilan antarabangsa.

Panggilan Pindah Bayaran



Anda boleh memohon untuk memindahkan bayaran kepada nombor yang dipanggil. Bagaimanapun, sambungan akan dibuat apabila orang yang dipanggil bersetuju untuk menanggung caj panggilan tersebut.

Untuk panggilan domestik, ia meliputi seluruh negara, bagaimana pun untuk panggilan luar negara, perkhidmatan ini adalah untuk negara tertentu sahaja.

Bayaran-bayaran Panggilan



Caj minimum untuk setiap sambungan ialah 3 minit. Selepas 3 minit pertama, caj akan dikenakan setiap satu minit.

Semua panggilan menggunakan perkhidmatan ini akan dicaj dengan kadar penuh.
Tambahan kepada caj panggilan, Bayaran Perkhidmatan sebanyak RM1.50 untuk panggilan domestik dan RM5.00 untuk panggilan antrabangsa yang berjaya disambung.

Telesiswa/Call Point



Ia adalah perkhidmatan pindah bayar yang disediakan khusus untuk para pelajar, warga tua, pelancong tempatan dan untuk semua lapisan masyarakat amnya. Ia membolehkan panggilan telefon dibuat tanpa menggunakan wang. Pemanggil hanya perlu mengangkat gagang telefon dan mereka akan terus disambungkan kepada IVR (arahan suara) yang akan membantu mereka membuat panggilan. Panggilan akan disambungkan sebaik sahaja pihak yang dipanggil bersetuju untuk menerima panggilan pindah bayar tersebut. 

No comments:

Post a Comment