Monday 3 June 2013

Pengurusan TM & UTES Turun Padang ke Limbang Sarawak







Rombongan Pengurusan TM bersama  UTES (Kesatuan Pekerja Telekom Sarawak) telah mengadakan lawatan-kerja ke Limbang sebagai satu program 'engagement ' pada 24 Mei 2013. 

Antara pengisian program tersebut ialah dialog secara terus dengan semua anggota TM Limbang dan Lawas. Rombongan TM Management Team  telah diketuai oleh Dato’ Sharif Zaimi Abu Hashim, Pengurus Besar Kumpulan HCBD sementara pihak UTES dan Exco telah diketuai oleh Haji Mohamad Ibrahim Haji Hamid, Presiden UTES.


Lawatan-kerja ke Limbang dan Lawas oleh pihak pengurusan serta kesatuan tersebut adalah di antara sesi yang julung-julung kali diadakan di TM, Bahagian Limbang. 


Dayang Rohani Bujang, selaku LO TM Bahagian Limbang telah mengalu-alukan kehadiran semua dan mengucapkan pengharagaan kepada semua yang terlibat.

Sunday 2 June 2013

VADS dapat ISO 27001

Pembekal perkhidmatan tek­nologi maklumat dan komunikasi (ICT) penyumberan luar proses perniagaan (BPO) terurus di Malaysia, VADS Berhad (VADS), menjadi syarikat pengendali perkhidmatan ‘cloud’ pertama di Malaysia menerima sijil ISO 27001.

Sijil yang dikeluarkan SIRIM QAS International. Sijil ISO 27001 ini menjadi piawaian amalan terbaik yang berkaitan dengan sistem keselamatan maklumat sekali gus memastikan platform perkhidmatan cloud selamat dan terjamin. 
Ketua Pegawai Eksekutif VADS, Ahmad Azhar Yahya, berkata ISO 27001 membuktikan produk syarikatnya memenuhi piawaian antarabangsa bagi sistem keselamatan maklumat. 

“Kami mengakui keselamatan maklumat penting bagi pelanggan kami jadi pusat data kami sudahpun diiktiraf dengan sijil ISO 27001 yang memberikan perkhidmatan Public Cloud VADS,” katanya.


VADS menerima sijil terbabit dalam satu majlis yang disempurnakan Pengarah Urusan, SIRIM QAS International Sdn Bhd Khalidah Mustafa.


Sijil ISO 27001 adalah salah satu standard Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang bertujuan untuk memastikan aspek keselamatan maklumat diberikan tumpuan yang sewajarnya.

Sumber: it@Metro

Saturday 1 June 2013

UniFi bantu naikkan hasil TM - Bisnes - Sinar Harian

UniFi bantu naikkan hasil TM - Bisnes - Sinar Harian


TELEKOM Malaysia Bhd (TM) mencatatkan hasil sebanyak RM2.42 bilion bagi suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2013, iaitu 1.7 peratus lebih tinggi berbanding RM2.38 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut TM, pertumbuhan itu disebabkan perkhidmatan internet dan data, khususnya khidmat jalur lebarnya iaitu UniFi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, TM mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan UniFi menjadi pemacu utama, meningkat 68.4 peratus kepada lebih 532,000 pelanggan pada suku pertama tahun ini berbanding setahun lalu.

Bagaimanapun, keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti TM menurun 14.9 peratus kepada RM213.2 juta pada suku pertama tahun ini, disebabkan kerugian tukaran wang asing yang belum nyata atas pinjaman sebanyak RM18.6 juta.

"Secara keseluruhan, TM terus menunjukkan perkembangan baik dalam usaha transformasi perniagaannya biarpun dalam persekitaran yang semakin mencabar," menurut Zamzamzairani dalam satu kenyataan.

TM juga telah melancarkan pakej UniFi baru pada November tahun lalu bagi memenuhi permintaan terhadap lebar jalur oleh perusahaan kecil dan sederhana.

UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 (Akta 753)

UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 (Akta 753)


Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YB Menteri Sumber Manusia baru-baru ini, Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753) akan bermula dari tarikh 01hb. Julai 2013.

Mengimbas kembali, Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 telah pun di luluskan oleh Dewan Rakyat pada 27 Jun 2012 dan Dewan Negara pada 17 Julai 2012. Ia di wartakan pada 16 Ogos 2012.

Seksyen 4 Akta tersebut menyebut: “Walau apa-apa pun undang-undang bertulis lain, umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila pekerja itu mencapai umur enam puluh tahun”.

Seksyen 7.(1) menyebut: “Apa-apa umur persaraan dalam sesuatu kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang di buat sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan kuatkuasa. Akta ini yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum yang diperuntukkan di bawah akta ini hendaklah di sifatkan sebagai terbatal dan digantikan dengan umur persaraan minimum yang telah di peruntukkan di bawah Akta ini:.


Sekian, untuk makluman semua ahli.

Terima kasih.

MOHD JAFAR ABD. MAJID                             

Presiden NUTE  

sumber: nutesb