Saturday 1 June 2013

UniFi bantu naikkan hasil TM - Bisnes - Sinar Harian

UniFi bantu naikkan hasil TM - Bisnes - Sinar Harian


TELEKOM Malaysia Bhd (TM) mencatatkan hasil sebanyak RM2.42 bilion bagi suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2013, iaitu 1.7 peratus lebih tinggi berbanding RM2.38 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut TM, pertumbuhan itu disebabkan perkhidmatan internet dan data, khususnya khidmat jalur lebarnya iaitu UniFi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, TM mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan UniFi menjadi pemacu utama, meningkat 68.4 peratus kepada lebih 532,000 pelanggan pada suku pertama tahun ini berbanding setahun lalu.

Bagaimanapun, keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti TM menurun 14.9 peratus kepada RM213.2 juta pada suku pertama tahun ini, disebabkan kerugian tukaran wang asing yang belum nyata atas pinjaman sebanyak RM18.6 juta.

"Secara keseluruhan, TM terus menunjukkan perkembangan baik dalam usaha transformasi perniagaannya biarpun dalam persekitaran yang semakin mencabar," menurut Zamzamzairani dalam satu kenyataan.

TM juga telah melancarkan pakej UniFi baru pada November tahun lalu bagi memenuhi permintaan terhadap lebar jalur oleh perusahaan kecil dan sederhana.

No comments:

Post a Comment