Sunday 2 June 2013

VADS dapat ISO 27001

Pembekal perkhidmatan tek­nologi maklumat dan komunikasi (ICT) penyumberan luar proses perniagaan (BPO) terurus di Malaysia, VADS Berhad (VADS), menjadi syarikat pengendali perkhidmatan ‘cloud’ pertama di Malaysia menerima sijil ISO 27001.

Sijil yang dikeluarkan SIRIM QAS International. Sijil ISO 27001 ini menjadi piawaian amalan terbaik yang berkaitan dengan sistem keselamatan maklumat sekali gus memastikan platform perkhidmatan cloud selamat dan terjamin. 
Ketua Pegawai Eksekutif VADS, Ahmad Azhar Yahya, berkata ISO 27001 membuktikan produk syarikatnya memenuhi piawaian antarabangsa bagi sistem keselamatan maklumat. 

“Kami mengakui keselamatan maklumat penting bagi pelanggan kami jadi pusat data kami sudahpun diiktiraf dengan sijil ISO 27001 yang memberikan perkhidmatan Public Cloud VADS,” katanya.


VADS menerima sijil terbabit dalam satu majlis yang disempurnakan Pengarah Urusan, SIRIM QAS International Sdn Bhd Khalidah Mustafa.


Sijil ISO 27001 adalah salah satu standard Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang bertujuan untuk memastikan aspek keselamatan maklumat diberikan tumpuan yang sewajarnya.

Sumber: it@Metro

No comments:

Post a Comment