Tuesday 2 September 2014

SEKOLAH TERAPUNG ECO Di BANGLADESH

Bangladesh merupakan salah satu di dalam pete geografi dan terletak antara yang kawasan terendah di dunia dengan majoriti negara ini terletak di bawah paras laut. Akibatnya apabila kerap berlaku taufan Bangladesh akan mengalami masalah banjir teruk yang mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.

Bangladesh kini mengalami sebuah lagi masalah yang besar iaitu kenaikan paras air laut akibat kutub yang mencair. Menjelang 2050 dianggarkan 30% negara ini bakal ditenggelami air. Oleh itu membina struktur kekal adalah tindakan sia-sia. Di bawah ialah sebuah sekolah terapung yang mampu menempatkan 30 orang murid kanak-kanak dan dewasa. Sebanyak 22 sekolah terapung berkuasa solar ini wujud di Bangladesh dengan jumlah murid melebihi 1000 orang. Ia dilengkapi dua kelas, sebuah perpustakaan dan makmal komputer.

Di masa hadapan lebih banyak sekolah sebegini akan dibina bagi memastikan kanak-kanak akan masih mampu ke sekolah walalupun Bangladesh semakin tenggelam. 

Akibat dari masalah pemanasan global meningkat ia menyebabkan paras air lalut tidak sekata.Oleh itu kumpulan yang dipanggil Shidhulai Swanirvar Sangstha telah datang dengan kaedah dan penyelesiaan alternatif yang mudah dangan membina rumah, pejabat penjagaan kesihatan dan sekolah-sekolah yang boleh terapung. Ia di asaskan oleh seorang arkitek Bangladesh bernama Mohammed Rezwan pada tahun 2008, beliau membina projek berkenaan bukan bukan untuk mengauat keuntungan tertapi membantu mereka kesusahan. Dengan adanya rumah terapung hampir seratus bot ini akan  menawarkan kemudahan pendidikan kepada anak-anak dan ibu bapa mereka, dan juga akses kepada perpustakaan, penjagaan kesihatan, dan maklumat mengenai pertanian dan pengurusan kewangan. 

"Saya suka sekolah terapung," kata seorang pelajar muda. "Semasa Monsun, air di mana-mana. Semuanya ditutup.


http://www.fastcoexist.com/

http://www.fastcoexist.com/




Sumber : http://www.fastcoexist.com


No comments:

Post a Comment